Sunday 13 January 2013

SELAMAT DATANG TAHUN 2013


Tahun 2013 menjanjikan pelbagai pembaharuan di dalam kehidupan jika kita bersedia dan berusaha untuk berubah. Bersama-sama kita berubah secara positif dan proaktif untuk memajukan diri terutamanya untuk pelajar-pelajar MPV di Ting. 5 Berlian/2013 -  (Ting. 5 MPV 2002-2011, Ting. 5 Kreatif/2012). Seramai 11 orang pelajar (perempuan kesemuanya)  merupakan kelas terakhir MPV sebelum ditutup pada tahun 2014 (harap-harap tahun ini kita mampu membuat kejutan dengan 11 orang pelajar mendapat A+).

 Kelas MPV telah bertapak di SMK Iskandar Shah, Jasin sejak tahun 2002. Setelah 11 tahun mengorak langkah dengan pelbagai kejayaan akhirnya kita terpaksa mengucapkan selamat jalan/selamat tinggal kepada subjek ini yang telah membantu pelajar-pelajar MPV SMK Iskandar Shah, Jasin mencapai kejayaan sehingga ke puncak menara gading. Semoga segala kecemerlangan yang kita perolehi selama ini menjadi kenangan paling indah buat kita semua. Insyallah.

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI,
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,
HUTANG BUDI KITA INGAT SAMPAI MATI.

DI MANA DIA ANAK KAMBING SAYA,
ANAK KAMBING SAYA ADA DI BILIK MPV,
DI MANA DIA BUAH HATI SAYA,
BUAH HATI SAYA SEMUA BUDAK MPV.

No comments:

Post a Comment